MPU2313 - AMALAN ISLAM DI MALAYSIA
Kursus ini membincangkan aspek-aspek amalan Islam yang diaplikasikan di Malaysia.
Perbincangan ini meliputi konsep manusia dan agama, asas-asas Islam dan sejarah kedatangan agama Islam di Malaysia serta menerangkan keistimewaan Islam melalui institusi pendidikan, kekeluargaan, ekonomi dan pentadbiran di Malaysia.
Di samping itu, perbincangan juga dilengkapkan dengan isu-isu semasa dalam masyarakat berlandaskan ajaran Islam.