MPU3113 - HUBUNGAN ETNIK
Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang hubungan etnik di Malaysia yang mana ianya merupakan proses hubungan sosial yang dinamik. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang konsep kesepaduan sosial, potret hubungan etnik, konsep-konsep asas hubungan etnik, pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia, pembangunan politik, pembangunan ekonomi, dan perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, integrasi dan menangani cabaran, agama dan masyarakat, sumbangan kerajaan dan masyarakat dan inter-etnik dan intra-etnik. Objektif mata pelajaran ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang konsep kesepaduan sosial, konsep-konsep asas hubungan etnik, pluraliti dan masyarakat pluralistik. Pelajar juga didedahkan dengan konsep pembangunan politik, ekonomi dan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
- Menerangkan peranan pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik dalam memupuk perpaduan.
- Mengenalpasti cabaran pluralisasi budaya dan pelaksanaannya dalam konteks permuafakatan sosial di Malaysia.
- Mengaplikasi kemahiran sosial dalam kalangan pelajar ke arah mewujudkan masyarakat bersatu padu.
- Menganalisis isu-isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
MPU3242 - INNOVATION MANAGEMENT
MPU3242 INNOVATION MANAGEMENT SEPTEMBER 2022 - TS DR FARIDAH MUSTAFFA BAKRY